SKSB Menang besar

10 Sept, Labuan. SK Sungai Bedaun telah menyertai Perarakan Pebarisan Hari Malaysia 2017 Peringkat WP Labuan. Seramai 33 orang murid terlibat untuk perarakan ini. Sebelum perarakan ini diadakan pihak sekolah telah bertungkus lumus untuk membuat persiapan dari segi pakaian dan juga peserta-peserta perarakan.

Antara kemenangan yang dirangkul oleh SKSB ialah apabila mendapat tempat pertama untuk kategori sekolah rendah. Atas hasil usaha yang gigih dan idea kreatif guru-guru, SKSB juga telah mendapat anugerah pakaian kontijen terbaik dimana anugerah ini adalah anugerah yang tidak dijangka.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi apabila SKSB telah dinobatkan sebagai Kontijen Terbaik Keseluruhan dimana untuk anugerah ini SKSB dapat mengatasi kontijen dari pasukan beruniform dan lain-lain pasukan dalam perarakan ini. Anugerah ini juga pertama kali dianugerahkan kepada sekolah rendah sepanjang acara perarakan sempena hari malaysia yang telah diadakan sebelum ini di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sebelum semasa dan selepas dalam penyertaan SKSB sempena Perarakan Hari Malaysia 2017.

 

Gambar-gambar semana hari perarakan…

          

                    

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*