Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

SK Sungai Bedaun W.P Labuan telah mula dibina pada 01.01.1966. Didirikan di atas tanah seluas 6.3 ekar. Terdiri daripada 1 blok bangunan yang dibuat daripada kayu papan, lantai simen dan beratap zink yang mempunyai 4 buah bilik darjah.

Bangunan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk OKK Hj Mohd Yassin Hj Hashim iaitu Menteri Kebajikan Masyarakat Sabah pada masa itu. Murid-muridnya hanya seramai 40 orang sahaja yang terdiri daripada anak-anak kampung Sungai Bedaun, Kampung Sungai Sembilang dan Kampung Sungai Buton.

Murid-muridnya mula belajar di bangunan sekolah ini pada 20.04.1966.

Pada masa itu, seramai 3 orang guru sahaja yang menjadi tenaga pengajar.

Guru Besar Pertama: Tuan Hj Ibrahim Abd Rahman

Guru Penolong: Encik Jalani Nassar, Encik Mohamad Maharof

Pada Tahun 1984, sebuah bangunan tambahan telah didirikan yang mempunyai 4 bilik darjah serta sebuah rumah guru. Kemudian projek kilat merupakan bangunan Pusat Sumber dan Pra Sekolah.

Mulai tahun 1994 hingga 2000, sekolah ini mendapat tambahan beberapa blok bangunan baru yang dibina sepenuhnya dari konkrit dan mempunyai 7 bilik darjah dan sebuah Dewan Serbaguna/kantin.

Pada tahun 2001, SK Sungai Bedaun telah mendapat 2 blok bangunan baru 3 tingkat (Naik taraf bangunan) serta sebuah bangunan kantin dan sebuah bangunan Pra sekolah. Bagunan- bangunan ini mula digunakan sepenuhnya pada bulan Jun tahun 2002.

Kini, SK Sungai Bedaun mempunyai jumlah murid seramai lebih 560 orang serta Guru dan Anggota Kumpulan Sokongan seramai lebih kurang 48 orang berazam untuk bersaing seiring dengan lain-lain sekolah di W.P Labuan ini untuk menjadi sekolah yang akan melahirkan murid-murid yang berkualiti dan cemerlang dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum.